kata2

Wednesday 30 November 2011

::DiRi LeLaKi:::


  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? Adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka sayang.
  • Apabila lelaki benar- benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada  seorang wanita.
  • Lelaki amat benci  apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  • Lelaki juga akan menangis.
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi  takpela”. Mereka akan membuat seribu satu  andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  • Lelaki amat sayang ibu mereka.
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untu menceritakan hal peribadi mereka.
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  • Lelaki lebih banyak berfikir.
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan  ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

p/s ~xtaw la org len mcm mne yer...btol ke x..stuju ke x...tp semua di atas tu...99% sama dgn tuan pnya blog..hikhik.

Tuesday 16 August 2011

"Pendekatan UMNO berbanding PAS dalam Isu Murtad"

ASSALAMUALAIKUM....

Huh..dah lama rase x share something kt saim2 blogger nih..hikhik.OK lah, skg sy ad 1 artikel yg mana bersumberkan BERITA HARIAN (dipetik dr blog Khalid Samad). Artikel ini bertajuk "Pendekatan UMNO berbanding PAS dalam menangani isu Murtad di Malaysia"

::jom baca::

Dalam soal menangani persoalan murtad yang hangat diperkatakan ini, pendekatan UMNO dan Pas jelas berbeza. Bagi UMNO, sekiranya mereka berkuasa, maka yang menimbulkan persoalan ini akan ditahan di bawah ISA. Sekiranya mereka tidak berkuasa, seperti di Selangor ketika ini, mereka akan mengapi-apikan semangat orang Melayu supaya bertegang leher dengan pihak Gereja dan dengan masyarakat Kristian secara keseluruhannya.

Bagi 
PAS, samada berkuasa atau sebaliknya, masalah murtad perlu ditangani dengan usaha mengukuhkan pemahaman Islam di kalangan ummat Islam itu sendiri. Pendidikan Islam mesti diwajibkan di kalangan umat Islam dari peringkat sekolah rendah lagi. Sekolah agama rakyat dibantu dan jangan dicekik dan ditindas sepertimana yang dilakukan UMNO. Kuliyyah agama diperbanyakkan dan institusi Masjid dan Surau dihidupkan semula setelah ianya diusaha untuk dimatikan oleh UMNO. Masalah murtad adalah masalah keyakinan yang tergugat oleh kerana kurangnya ilmu. Maka pemantapan ilmu adalah kaedah yang paling penting.

Pada masa yang sama usaha kebajikan di kalangan ummat Islam dan rakyat ditingkatkan supaya tiada yang terdesak atas kesempitan hidup sehingga sanggup menukar agama mereka. Sepertimana maksud Hadith ‘Ke fakiran membawa kepada kekufuran’. Maka dihayati konsep negra berkebajikan dengan tindakan bersepadu dari kesemua pihak. Untuk memaksimakan manfaat bantuan kepada rakyat, maka rasuah dan pembaziran ditegah sama sekali. Bukan Pas yang membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman mana-mana pemimpin. Duit sebegitu banyak lebih wajar digunakan untuk menyelesaikan masalah kebajikan rakyat. Dan begitu juga dengan RM12 Billion yang dilenyapkan di PKFZ dan bebagai lagi kebocoran yang berlaku.

Apa yang lebih penting ialah contoh yang dizahirkan dari segi perwatakan pemimpin. Kesederhanaan, ketaatan kepada perintah Allah dan sikap yang adil kepada semua yang menzahirkan kebenaran dan ketinggian Islam. Bukan hanya sekadar retorika tetapi dizahirkan dalam kehidupan politik dan masyarakat secara praktiknya. Sehingga bukan sekadar yang Islam yang telah goyang keyakinannya tertarik kembali, tetapi yang bukan Islam pun akan turut sama hormat dan menghargai.

Pada masa yang sama, sambil itu semua perkara di atas dilaksanakan, dalam suasana percaya mempercayai dan hormat menghormati, maka pihak bukan Islam turut diingatkan akan perjanjian yang termaktub di dalam perlembagaan bahawa usaha memurtad orang Islam ditegah dan dilarang demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang terdapat di negara kita.

Maka adalah jelas, kaedah Pas lebih menyeluruh dan bersepadu dan ia bukan sekadar untuk mengambil kesempatan politik semata-mata. Heboh dicanang apabila ingin diambil kesempatan, tetapi pada masa yang lain berusaha merosakkan ummat Islam melalui fahaman sekular dan assobiyyah. Pendekatan Pas adalah pendekatan penyelesaian yang ikhlas dan bukan bertujuan mengambil peluang untuk menyerang lawan.


p/s : sy tidak memihak kepada mana2 parti..jus utk berkongsi maklumat dgn para blogger..(^_-). Anda baca,pikir dan nilailah sendiri...

Thursday 16 June 2011

Lunar Eclipse--> 16 June 2011 bersamaan 14 Rajab 1432H

assalamualaikum w.b.t

Bertarikh 16 jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432Hijrah........gerhana bulan telah aku saksikan..inilah pertama kali hampir 21tahun menikmati usia..tahu x Lunar Eclipse@gerhana bulan cm ne??cm ni.......gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan dalam satu garisan yg selari dalam orbit. bulan akan mengalami fasa cerah kepada gelap sedikit demi sedikit sehingga gelap keseluruhan.;;.erm..peringkat fasa penumbra iaitu peringkat di mana bulan memasuki bayang2 penumbra pada jam 0122..n then,bulan akan memasuki bayang2 umbra pada jam 0222......fasa gerhana berlaku bermula dari jam 0321 sehingga jam0502......peringkat kemuncak gerhana penuh plak pada jam 0412.......subahanallah! Betapa agungnya ciptaan ALLAH swt.....pada masa yg sama.......sy dan student2 unisza yg lain mengerjakan solat sunat gerhana bulan (khusuf)..alhamdulillah..1st time pertama kali sy solat sunat 2 rakaat yg mempunyai 4kali ruku'..inilah ilmu yg sy dapat.alhamdulillah.......pada masa ni kami dpt melihat dgn jelas pabila Allah membukakan awan mendung untuk kami melihat ciptaaNya......ini pun kami da kira bersyukur walupun  tak sempat untuk melihat bulan meninggalkan byang2 pd peringkat umbra & penumbra kerana awam redup kembali....jam 0515 pulang ke unisza.

Maklumat gerhana 16 jun 2011:-


Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s


di bawah sy selitkan beberapa turutan gambr gerhana bulan 16 jun 2011:-













..sama2 la kite renugkan ciptaanNya..

 *gambar di ambil dr KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI di sebabkan susana balai cerap di UNISZA kurang memuaskan.TQ.

Thursday 9 June 2011

icon facebook,twitter and formspring

assalamualaikum w.b.t...


ada sapa2 yg blom ada icon kt sbelah kiri lg cm aku??hehe....xpe2,ni sy nk share kt member2 smue..try la buat yer..
sini ada 1 link  tentang cara2 meletakkan icon  facebook,twitter and formspring di sebelah kiri blog anda. pasni xpayah nk men bukak 'new tab' lau nk bukak pesbuk or twitter tuh..hikhihk..jom2 sama kongsi benda molek nie...jom klik sini utk tutorial or cara2 nk buat..hehe..




credit to ►AdamXis◄

Wednesday 8 June 2011

mula2 masuk blog

 assalamualaikum w.b.t..
..pertama skali,nk bgthu..ak baru je create blog nie..haha..men hentam je.xtaw la jd ke x nie..bese la, budak bru belajar.haha..nk introduce sal diri sikt..nama aku nama pendek org pgl din..tp lau nama penuh ka...eh,xpela.xperlu kot.. :) asal dr kelantan n nk tw lg..tinggl mane leh search nga pok google la sng,pakai map..kihkih.nk introduce la ak lembap sikit...x tw nk cakap ap..haha.bak kata JAMBU ape pom xboley...pasal study plak,erm..bru je tamat dengan diploma,nk tunggu grad plok,,kawan2 doakan agr dpat sambung yer blaka..hi3.nk cite sal ap ak bleh 'terjebak' dgn blog nie..ak create blog ni pon atas pengaruh ak slalu bkak blog org..gilek ahh bak kata 'dia'..comei2 la deme tu make up blog..tu la wt aku nk acu cuba try test wt blog..sorrry to all followers kalu blog aku bese2 jah...dop pandai nop meng'edit nie...haha.eh,len kali la kawe naip panjang2...magrib dah..ni pom sejam..haha..maaf kalu terslah taip,terkurang ap yg nop di cuba sampaikan..yarrkk...belit lidoh2 nk bc.haha..