kata2

Tuesday, 16 August 2011

"Pendekatan UMNO berbanding PAS dalam Isu Murtad"

ASSALAMUALAIKUM....

Huh..dah lama rase x share something kt saim2 blogger nih..hikhik.OK lah, skg sy ad 1 artikel yg mana bersumberkan BERITA HARIAN (dipetik dr blog Khalid Samad). Artikel ini bertajuk "Pendekatan UMNO berbanding PAS dalam menangani isu Murtad di Malaysia"

::jom baca::

Dalam soal menangani persoalan murtad yang hangat diperkatakan ini, pendekatan UMNO dan Pas jelas berbeza. Bagi UMNO, sekiranya mereka berkuasa, maka yang menimbulkan persoalan ini akan ditahan di bawah ISA. Sekiranya mereka tidak berkuasa, seperti di Selangor ketika ini, mereka akan mengapi-apikan semangat orang Melayu supaya bertegang leher dengan pihak Gereja dan dengan masyarakat Kristian secara keseluruhannya.

Bagi 
PAS, samada berkuasa atau sebaliknya, masalah murtad perlu ditangani dengan usaha mengukuhkan pemahaman Islam di kalangan ummat Islam itu sendiri. Pendidikan Islam mesti diwajibkan di kalangan umat Islam dari peringkat sekolah rendah lagi. Sekolah agama rakyat dibantu dan jangan dicekik dan ditindas sepertimana yang dilakukan UMNO. Kuliyyah agama diperbanyakkan dan institusi Masjid dan Surau dihidupkan semula setelah ianya diusaha untuk dimatikan oleh UMNO. Masalah murtad adalah masalah keyakinan yang tergugat oleh kerana kurangnya ilmu. Maka pemantapan ilmu adalah kaedah yang paling penting.

Pada masa yang sama usaha kebajikan di kalangan ummat Islam dan rakyat ditingkatkan supaya tiada yang terdesak atas kesempitan hidup sehingga sanggup menukar agama mereka. Sepertimana maksud Hadith ‘Ke fakiran membawa kepada kekufuran’. Maka dihayati konsep negra berkebajikan dengan tindakan bersepadu dari kesemua pihak. Untuk memaksimakan manfaat bantuan kepada rakyat, maka rasuah dan pembaziran ditegah sama sekali. Bukan Pas yang membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman mana-mana pemimpin. Duit sebegitu banyak lebih wajar digunakan untuk menyelesaikan masalah kebajikan rakyat. Dan begitu juga dengan RM12 Billion yang dilenyapkan di PKFZ dan bebagai lagi kebocoran yang berlaku.

Apa yang lebih penting ialah contoh yang dizahirkan dari segi perwatakan pemimpin. Kesederhanaan, ketaatan kepada perintah Allah dan sikap yang adil kepada semua yang menzahirkan kebenaran dan ketinggian Islam. Bukan hanya sekadar retorika tetapi dizahirkan dalam kehidupan politik dan masyarakat secara praktiknya. Sehingga bukan sekadar yang Islam yang telah goyang keyakinannya tertarik kembali, tetapi yang bukan Islam pun akan turut sama hormat dan menghargai.

Pada masa yang sama, sambil itu semua perkara di atas dilaksanakan, dalam suasana percaya mempercayai dan hormat menghormati, maka pihak bukan Islam turut diingatkan akan perjanjian yang termaktub di dalam perlembagaan bahawa usaha memurtad orang Islam ditegah dan dilarang demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang terdapat di negara kita.

Maka adalah jelas, kaedah Pas lebih menyeluruh dan bersepadu dan ia bukan sekadar untuk mengambil kesempatan politik semata-mata. Heboh dicanang apabila ingin diambil kesempatan, tetapi pada masa yang lain berusaha merosakkan ummat Islam melalui fahaman sekular dan assobiyyah. Pendekatan Pas adalah pendekatan penyelesaian yang ikhlas dan bukan bertujuan mengambil peluang untuk menyerang lawan.


p/s : sy tidak memihak kepada mana2 parti..jus utk berkongsi maklumat dgn para blogger..(^_-). Anda baca,pikir dan nilailah sendiri...