kata2

Wednesday 30 November 2011

::DiRi LeLaKi:::


  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? Adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka sayang.
  • Apabila lelaki benar- benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada  seorang wanita.
  • Lelaki amat benci  apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  • Lelaki juga akan menangis.
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi  takpela”. Mereka akan membuat seribu satu  andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  • Lelaki amat sayang ibu mereka.
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untu menceritakan hal peribadi mereka.
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  • Lelaki lebih banyak berfikir.
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan  ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

p/s ~xtaw la org len mcm mne yer...btol ke x..stuju ke x...tp semua di atas tu...99% sama dgn tuan pnya blog..hikhik.

No comments:

Post a Comment